Cart

🇲🇾MERDEKA!! 🇲🇾MERDEKA!!🇲🇾 MERDEKA!!
📣Mari semarakkan lagi sambutan Kemerdekaan ke-63 di Malakat Mall Cyberjaya.

Kepada yang mempunyai anak berusia antara 4 hingga 8 tahun, jom serlahkan semangat patriotisme secara kreatif melalui Pertandingan Pakaian Beragam Merdeka Malakat Mall hujung minggu ini.

Program istimewa ini membuka peluang untuk kanak-kanak comel beraksi persis model professional di karpet merah dan pentas memperagakan pakaian bertemakan Kemerdekaan paling kreatif!

❌TIDAK semestinya adik-adik perlu memakai pakaian jalur gemilang bagi melambangkan kemerdekaan. Sebaliknya adik-adik juga bebas menggayakan sebarang pakaian yang melambangkan bangsa dan kaum di negara kita yang tercinta seperti Bangsa Melayu, Cina, India, Dusun, Kadazan dan sebagainya asalkan ia menutup aurat..

🧕🏻👳🏽‍♂️👳🏻‍♀️👲🏻
Penyertaan Terhad kepada 20 peserta sahaja. Daftarkan anak anda sekarang di http://bit.ly/PakaianBeragamMerdeka

💥Syarat-Syarat Pertandingan Pakaian Beragam Merdeka
✅Satu pernyertaan mewakili 1 keluarga
✅Hanya peserta yang berumur 4-8 tahun menjadi model kepada pakaian yang direka.
✅Peserta bebas mereka pakaian bertemakan Kemerdekaan.
✅Peserta perlu bersiap dari rumah dan hanya akan memperagakan pakaian tersebut pada hari pertandingan.
✅Peserta dikehendaki memperagakan pakaian di atas pentas dengan aksi yang menarik.
✅Terhad kepada 20 peserta sahaja
✅Keputusan juri adalah muktamad

Leave a Reply