Cart

BeritaDalam Negeri

1,000 Pasar Raya, Kedai Runcit BMF Dibuka Pada Tahun Ini di Seluruh Negara

By March 16, 2020September 24th, 2020No Comments

Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, antara perancangan yang diatur termasuk untuk membuka 600 mini Raudhah Grocer di masjid di seluruh Pahang.

“Untuk fasa pertama pada tahun ini, kita akan membuka seribu Raudhah Grocer termasuk mini Raudhah Grocer. Setakat ini kita sudah mendapat mandat di empat lokasi baharu di Terengganu dan satu di Jerantut, Pahang.

“Projek ini akan dilancarkan selepas Malakat Mall di Cyberjaya di sini dilancarkan,” katanya kepada Malakat Tribune selepas menghadiri Mesyuarat Himpunan Pemilik Kedai Muslim, Pelabur Baharu dan Pemilik Kedai Muslim siri kedua di Brainy Bunch di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat berkata, selain pembukaan kedai baharu itu pihaknya juga mendapat pertanyaan daripada ramai pemilik kedai runcit Muslim untuk menukar nama kedai mereka kepada Raudhah Grocer melalui Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Susulan itu, katanya, satu pertemuan tertutup akan diadakan bersama-sama pemilik kedai yang berminat untuk proses penerangan dan lain-lain.

“Untuk proses pertukaran ini, pemilik kedai perlu mengikut beberapa syarat yang ditetapkan antaranya dia memang pemilik yang sah dan sudah mempunyai perniagaan ini.

Orang ramai yang hadir dalam Mesyuarat Himpunan Pemilik Kedai Muslim, Pelabur Baharu dan Pemilik Kedai Muslim siri kedua di Brainy Bunch di sini, semalam

“Selain itu, kita juga menggalakkan mereka mempunyai modal pusingan sendiri serendah RM500 atau RM1,000 supaya mereka tidak bergantung kepada hutang. Pada masa sama, menerusi modal yang ada ini juga membolehkan mereka membayar tunai kepada produk yang masuk ke kedai,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan KoPPIM, katanya, sehingga kini koperasi tersebut telah mempunyai 8,000 ahli berdaftar dan mempunyai nilai saham melebihi setengah juta.

Leave a Reply