Cart

 

CYBERJAYA – Pelanggan barangan produk BMF boleh menarik nafas lega apabila 1,000 Raudhah Grocer akan dibuka sepanjang tahun ini.Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, sebanyak 1,000 kedai dan pasar raya Raudhah Grocer itu akan menjual pelbagai produk BMF.

Menurutnya, perancangan yang diatur termasuklah membuka 600 mini Raudhah Grocer di masjid di seluruh Pahang.

“Untuk fasa pertama pada tahun ini, kita akan membuka seribu Raudhah Grocer termasuk mini Raudhah Grocer. Setakat ini kita sudah mendapat mandat di empat lokasi baharu di Terengganu dan satu di Jerantut, Pahang.

“Projek ini akan dilancarkan selepas Malakat Mall di Cyberjaya di sini dilancarkan,” katanya kepada Melayu Bangkit News selepas menghadiri Mesyuarat Himpunan Pemilik Kedai Muslim, Pelabur Baharu dan Pemilik Kedai Muslim siri kedua di Brainy Bunch di sini

Lebih dikienali dengan nama Cikgu Izzat, beliau berkata, selain pembukaan kedai baharu itu nanti pihaknya juga mendapat pertanyaan daripada ramai pemilik kedai runcit Muslim untuk menukar nama kedai mereka kepada Raudhah Grocer melalui Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Justeru itu, katanya, satu pertemuan tertutup akan diadakan bersama-sama pemilik kedai yang berminat untuk proses penerangan dan lain-lain.

“Untuk proses pertukaran ini, pemilik kedai perlu mengikut beberapa syarat yang ditetapkan antaranya dia memang pemilik yang sah dan sudah mempunyai perniagaan ini

“Selain itu, kita juga menggalakkan mereka mempunyai modal pusingan sendiri serendah RM500 atau RM1,000 supaya mereka tidak bergantung kepada hutang. Pada masa sama, menerusi modal yang ada ini juga membolehkan mereka membayar tunai kepada produk yang masuk ke kedai,” katanya.

 

One Comment

  • Md Hassan md Arifin says:

    Assalamualaikum tuan yg dihormati sya bermasaalah untuk mendapatkn produk muslim premis saya di pasir tmbuh kota bharu kelantan saya harap tuan dapat membatu wshp saya 0199511355 harap maklum

Leave a Reply