Cart

RAUDHAH CITY – Pusat Beli Belah Malakat Mall di sini diwujudkan bukan hanya khusus kepada perniagaan semata-mata sebaliknya sebagai satu wadah untuk membantu ummah.

Pengerusi Kumpulan Brainy Bunch, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, ia antara usaha yang dilakukan bagi menyediakan platform kepada usahawan industri kecil sederhana (IKS) memperkembangkan perniagaan masing-masing.

“Di sinilah peluang dan platform terbaik buat para usahawan bumiputera yang ingin lebih maju ke hadapan.

“Ia diwujudkan bukan untuk perniagaan khusus tapi juga menolong ummah, Bagi saya ia yang akan memberi keberkatan kepada Malakat Mall,” katanya selepas membuat lawatan ke pusat beli belah itu, semalam.

Pada masa sama, beliau berharap lebih ramai usahawan bumiputera mengambil peluang dan memberi sokongan atas perjuangan Malakat Mall dalam membangunkan ekonomi Muslim.

“Hari ini (semalam) saya sendiri dapat meninjau kedai-kedai yang akan dibuka di Malakat Mall dan alhamdulillah kita dapat melihat banyak perkembangan yang berlaku.

“Saya amat teruja dengan konsep Malakat Mall yang diketengahkan dan berdoa akan berjaya. Saya juga harap para usahawan dapat menyokong dan melihat sendiri apa yang di sini pada hari pembukaan 13 Mac ini,” katanya. MBNews

Leave a Reply