Cart

RAUDHAH CITY – Bekas kapten bola sepak Harimau Malaya, Safiq Rahim berhasrat mengembangkan lagi perniagaan produk jenama sukan miliknya, Sports Revo secara lebih agresif tahun ini.

Menurut pemain tengah Melaka United itu, antara perancangan yang sedang dilakukan termasuklah bekerjasama dengan pusat beli belah Buy Muslim First (BMF) pertama di Malaysia, Malakat Mall.

“Untuk perancangan di Malakat Mall, insya-Allah akan ada satu kerjasama antara kedua-dua belah pihak selepas ini, terima kasih kepada coach Fadzil (Mohd. Fadzil Hashim) di atas peluang yang diberikan,” katanya kepada Malakat Tribune di sini hari ini.

Safiq Rahim (kiri) mengadakan perbincangan besama coach Fadzil (dua dari kanan)

Terdahulu, Safiq yang juga bekas ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengadakan perbincangan bersama Mohd. Fadzil yang juga merupakan pengasas Malakat Mall dan Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah City Sdn. Bhd.

Menurut Safiq, jenama sukan miliknya itu baru sahaja memasuki pasaran kira-kira setahun dan dijual secara atas talian.

Katanya, pihaknya memasarkan semua jenis barangan sukan dan buat masa sekarang fokus diberikan kepada keperluan barangan sukan bola sepak dan larian.

Sementara itu, Safiq berharap usahanya untuk berkecimpung dalam bidang usahawan tidak mengganggu perjalanan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

Malakat Mall yang bakal dibuka secara rasmi pada 1 Mac ini akan beroperasi di CBD3 berhampiran pusat beli belah D’Pulze di Cyberjaya di sini.-MT

Malakat Mall akan dibuka secara rasmi pada 1 Mac ini

“Saya berharap kedua-dua ini berjalan dengan baik, iaitu kerjaya saya sebagai pemain bola sepak dan usahawan,” ujarnya.

Leave a Reply