Cart

RAUDHAH CITY – Pusat beli belah Malakat Mall diyakini boleh menjadi produk pelancongan baharu bagi menarik kedatangan pelancong Muslim ke Malaysia.

Naib Presiden Majlis Perlancongan Malaysia, Datuk Azlie Halim berkata, ketika ini industri pelancongan negara memerlukan produk baharu sebagai ‘selling point’.

Beliau berkata, Malakat Mall akan menjadi daya penarik baharu untuk diketengahkan kepada pelancong dari luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada tahun ini menyasarkan kedatangan 30 juta pelancong dengan menjana pendapatan sebanyak RM100 bilion.

“Dengan adanya Malakat Mall yang akan dibuka pada Mac nanti ia sedikit sebanyak membantu kerajaan untuk mencapai sasaran itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Azlie mengadakan lawatan ke Malakat Mall sambil ditemani oleh Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Istighfar Hamidon.

Malakat Mall

Menurut Azlie, Malakat Mall diyakini dapat memberi nilai tambah kepada pelancong luar negara untuk merasai pengalaman ‘shopping tourism’ dan ‘food tourism’.

“Lebih-lebih lagi, Malakat Mall menawarkan produk-produk islamik selain mempunyai kemudahan terbaik yang ditawarkan untuk pelancong yang datang ke sini.

“Kita juga bantu promosikan pusat beli belah ini. Negara bukan Islam lihat produk muslim boleh menjana sektor pelancongan, jadi mengapa tidak kita sebagai negara Islam sendiri.

“Apa yang penting sekarang ini, kita harus beri satu mutu perkhidmatan yang terbaik dan kemudahan yang sempurna kepada pelancong yang datang ke Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengesyorkan agar Malakat Mall mewujudkan nilai tambah lain untuk menarik kehadiran pelancong seperti persembahan kebudayaan.- MT

Leave a Reply