Cart

RAUDHAH CITY – Pengurusan Malakat Mall hari ini mengadakan program gotong-royong bagi mengeratkan hubungan dan meningkatkan roh perjuangan warga kerjanya sebelum pusat beli belah itu dibuka pada 13 Mac ini.

Program itu dimulakan dengan menunaikan solat Hajat dan solat subuh berjemaah selain tazkirah sebelum gotong-royong itu dimulakan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Fadzil Hashim berkata, program itu melibatkan lebih 100 warga kerja pusat beli belah itu yang bermula selepas tazkirah selesai.

Tambah beliau, aktiviti itu dibuat berikutan proses pengubahsuaian utama selesai walaupun ada unit-unit kedai yang masih melakukan proses pengubahsuaian dalaman.

“Walaupun ada pekerja pembersihan tetapi mereka akan melaksanakan tugas selepas pusat beli belah itu siap nanti.

“Program ini merupakan satu tanggungjawab dan ia juga sumbangan dalam meningkatan roh perjuangan dalam kalangan warga kerja Malakat Mall,” katanya di sini.

Mohd. Fadzil menambah, sebelum pengambilan pekerja dilakukan, pihaknya telah memaklumkan kepada mereka Malakat Mall bukan satu perniagaan tapi perjuangan mengembalikan ekonomi Islam.

“Sejak diambil bekerja di sini kita memberitahu Malakat Mall adalah satu perjuangan dan mereka merupakan pendekar dan srikandi agama kita,” ujarnya. – MT

Leave a Reply