Cart

 

CYBERJAYA – Kesemua ahli KoPPIM layak menikmati kadar pakej yang menarik dari Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd selepas kolaborasi antara ke dua-dua pihak diwujudkan.

Pengarah urusannya, Muhammad Al-Fadzil Hidzir berkata, kerjasama strategik itu bukan hanya memberi kelebihan kepada para ahli KoPPIM sahaja malah pelanggan Kembara Sufi juga berpeluang menikmati manfaat dari koperasi itu. 

“Kami mahu beri peluang kepada ahli-ahli KoPPIM untuk merasai potongan harga menarik untuk setiap pakej-pakej yang kami ada.

“Pada masa sama, pelanggan-pelanggan kami juga berpeluang untuk menikmati kelebihan yang disediakan KoPPIM, seperti pelaburan yang mendatangkan pulangan yang lebih baik,” katanya selepas majlis menandatangani MOU antara Kembara Sufi Travel dan KoPPIM.

Justeru beliau berharap usaha baik yang diatur oleh KoPPIM ini akan memberi lebih banyak peluang kepada  orang Islam di negara ini.

“Kembara Sufi mengambil inisiatif untuk duduk bersama dengan KoPPIM kerana kita melihat ia sebagai satu platform yang mengumpulkan orang-orang Islam dan pada masa sama memberi peluang yang baik kepada para ahlinya.

“Di Kembara Sufi kita juga mahu sama-sama menyumbang di mana sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kos ahli yang mahu pergi umrah atau yang berhasrat bercuti ke mana-mana destinasi yang kita anjurkan melalui kerjasama ini,” katanya.

Leave a Reply