Cart

RAUDHAH CITY- Rasa air yang lebih ‘lembut’, itu merupakan kelainan produk air minuman jenama Harraz keluaran 100 peratus usahawan Muslim dari Muar, Johor.

Air minuman syarikat RazQ Industries Sdn. Bhd. sejak 2016 itu dihasilkan melalui proses Reverse Osmosis (RO) yang teliti dan telah mendapat sijil halal dari Jakim.

Pengarah RazQ Industries Sdn. Bhd., Mohd. Razak Md. Afandi berkata, pengeluaran air minuman jenama Harraz semakin baik dan dipasarkan di beberapa negeri.

Beliau berkata, produknya itu dikeluarkan dalam tiga botol iaitu 1,500 milimiter (ML), 500ML serta 350ML dan dalam masa terdekat saiz botol 250ML juga akan dikeluarkan.

“Alhamdulillah maklum balas pengguna sangat baik, ada yang maklumkan air minuman kami ini lembut dan terasa apabila minum kerana tapisannya teliti dan berkualiti tinggi.

“Kilang kami di Muar dengan kekuatan sembilan orang pekerja mampu menghasillan 10,000 botol air dalam masa satu jam dan boleh memenuhi permintaan dari pelanggan mengikut jumlah dikehendaki.

“Selain telah mendapat sijil halal, kami juga mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan selain sijil-sijil yang berkaitan,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Mengulas mengenai persaingan dengan jenama lain, Mohd. Razak berkata, dengan kualiti terbaik yang ditawarkan, beliau yakin air minuman jenama Harraz akan diterima pengguna.

“Insya-Allah, mulai 1 Mac ini, air minuman jenama Harraz akan dipasarkan di Raudhah Grocer di Malakat Mall. Mereka yang berdekatan bolehlah rasa dan cuba sendiri air ini,” katanya.

Leave a Reply