Cart

Tahukah anda, Malaysia kini sedang berada dalam fasa untuk menyiapkan bangunan pencakar langit KEDUA TERTINGGI DI DUNIA selepas bangunan Burj Khalifa?

Dengan ketinggian 635m, ia bakal menjadi BANGUNAN TERTINGGI DI MALAYSIA! Nama rasmi bangunan ini ialah Merdeka 118, bersempena lokasinya yang terletak di antara Stadium Negara & Stadium Merdeka.

118 pula merujuk kepada 118 tingkat di dalam bangunan tersebut. Ia dibangunkan & dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan dijangka siap pada tahun hadapan, 2021.

Reka bentuk bangunan pencakar langit ini diilhamkan daripada siluet & bentuk imej Tunku Abdul Rahman (TAR) sewaktu beliau melaungkan laungan azimat β€œMerdeka!” pada 31 Ogos 1957. Tapak asasnya yang berbentuk berlian pula diilhamkan daripada motif Songket Melayu.

Anjung tinjau bangunan ini bakal menjadi ANJUNG TINJAU TERTINGGI DI ASIA TENGGARA dan lif ke anjung tersebut akan menjadi panel lif kaca yang TERTINGGI DI DUNIA! Ia juga hanya mengambil masa selama 65 saat sahaja untuk naik dari aras 1 sehingga aras 118 🀯

Pelbagai pendapat daripada netizen telah diberikan di laman Twitter sejak semalam. Yang positif ada, yang negatif ada, yang neutral pun ada.

Apa pula pendapat anda? Adakah anda rasa pembangunan ini bakal memberikan manfaat kepada negara & rakyat Malaysia? Kongsikan sikit pendapat anda di ruang komen di bawah!

Kredit: Twitter (@SkyscrapersMY)

Leave a Reply