Cart

Selepas berjaya merealisasikan penubuhan pusat beli belah BMF pertama di Malaysia, kini Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim sedang merangka perancangan untuk menubuhkan sebuah bank koperasi pertama yang bebas daripada unsur riba sepenuhnya.
Mohd. Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, gerakan tersebut yang dikenali sebagai NORIBA komuniti bertujuan membebaskan dunia ini daripada sistem masyarakat yang mengamalkan riba.
Beliau berkata, ini kerana perbuatan mengambil riba diharamkan oleh Allah sehingga diisytiharkan perang terhadap mereka.
“Sistem riba adalah ibu kepada segala penyakit kronik kewangan pada hari ini. Begitu ramai mereka yang terperangkap di dalam sistem ini sehingga mereka terpaksa bekerja untuk tuan punya sistem riba ini di sepanjang hayat mereka.
“Dunia perbankan sedang mendominasi dan menguasai dunia dengan sebuah perancangan besar memperhambakan manusia secara moden.
“Sebagai contoh, seseorang itu bekerja 30 hingga 40 tahun untuk membayar pinjaman perumahan, kereta atau kelengkapan di rumah melalui jual beli yang menggunakan sistem riba. Dia bekerja dan mendapat gaji untuk membayar hutang rumah dan riba,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya.
Coach Fadzil berkata, berikutan itu, pihaknya sedang merangka pelan untuk menubuhkan bank koperasi seumpama itu dengan misi menyediakan pinjaman bebas riba kepada semua ahli.
“Model perniagaan NORIBA bukan sebuah pertubuhan berorientasikan keuntungan, ia adalah badan kebajikan di mana penyumbang menyediakan sejumlah wang secara bulanan atau sekali gus untuk membantu orang lain.
“Semua sumbangan akan diasingkan kepada dua buah dana, yang pertama untuk pinjaman tanpa riba manakala yang kedua, untuk pelaburan. Pelaburan itu diperlukan supaya pihak bank boleh membiayai operasinya di hari muka,” katanya.
Beliau berkata, bank koperasi itu juga akan menawarkan pinjaman mengikut jenis pinjaman seperti peribadi, kenderaan, rumah dan pendidikan.
“Tawaran pinjaman peribadi maksimum RM5,000; pinjaman kenderaan maksimum RM50,000; pinjaman rumah maksimum RM500,000 dan pinjaman pendidikan maksimum RM50,000.
“Untuk pelaburan pula, NORIBA melabur dalam dana yang menjana purata 10 hingga 15 peratus pulangan tahunan berisiko rendah.
“NORIBA akan menggunakan dana itu untuk membebaskan pembelian bangunan yang menggunakan sistem riba. Semua keuntungan yang dijana dari pelaburan itu akan disalurkan 100 peratus untuk konsep Dana Pinjaman Bebas Riba,” ujarnya.
Sementara itu, Coach Fadzil berkata, bagi yang tidak layak membuat permohonan, mereka boleh memohon melalui pusat pungutan zakat yang mana dana daripada NORIBA akan disalurkan ke institusi berkenaan.
“NORIBA akan menyumbang zakat daripada keuntungan yang diperoleh secara terus kepada golongan asnaf melalui kerjasama dengan pusat pungutan zakat.
“Mereka yang tidak layak untuk pinjaman boleh memohon zakat. Sasaran saiz dana ialah RM100 juta di mana 50 peratus adalah untuk pinjaman bebas riba dan bakinya adalah untuk dana pelaburan,” jelasnya.
——-
Ayuh kita bersama membina Ekosistem Ekonomi Islam Yang Baru & mengubah nasib Agama & Bangsa Kita!
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka”
(TQS. Ar-Ra’d [13]: 11).
Jom daftar sebagai Ahli dalam Koperasi Pembanguan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM)
Apa yang anda harus lakukan?
SPEND . UNITE . FUND
SPEND – Membeli Dari Peniaga sesama Muslim (BMF)
UNITE – Bersatu Bersama menjadi ahli KoPPIM
FUND – Langanan Secara Bulanan RM100 Di Dalam KoPPIM
Untuk info lanjut boleh Whatsapp kepada kami:

Leave a Reply