Cart

CYBERJAYA – Sebagai Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan kursus Diploma dan Sijil dalam bidang  pendidikan awal kanak-kanak, Raudhah College atau sebelum ini dikenali sebagai Kolej Pendidikan Awal Kanak-kanak (KPAKK) mempunyai formula tersendiri dalam mendidik guru pelatih dan pengasuh keluaran kolej tersebut.

Pengarah Urusan Raudhah College, Dr Taha Mohd Omar berkata penuntut kolej berkenaan bakal menikmati banyak manfaat lain selain akan mengikuti latihan kurikulum berkualiti yang berorientasikan teori, hands-on knowledge.

“Sebagai nilai tambah, para pelatih kolej ini akan mengikuti sistem pembelajaran berasaskan nilai Adab supaya menjadi tenaga pengajar yang lebih berakhlak mulia dan berkualiti,” ujarnya.

Selain itu, Dr Taha berkata, terbaharu kolej yang bakal berpindah ke dari Damansara ke lokasi strategik di Cyberjaya itu menggariskan beberapa lagi daya tarikan baharu khusus untuk semua penuntut.

 

“Antara yang paling menarik, kesemua penuntut Raudhah College menikmati eko-sistem akademik yang sempurna dari segi penginapan, pengajian dan perbelanjaan sepanjang pengajian.

“Lokasi kolej adalah bersebelahan dengan Pusat Beli Belah Malakat Mall dan asrama pelajar pula terletak di Malakat Residensi iaitu hanya 80 meter dari kolej,” katanya.

Tambahnya, Raudhah College merupakan rakan strategik Malakat Mall.

“Sehubungan itu, kesemua pelatih berpeluang menjana pendapatan sambilan di Malakat Mall dengan bekerja di mana-mana outlet.

Mereka juga akan memperoleh 10% diskaun di setiap outlet Malakat Mall,” jelasnya.

Selain itu menurut Dr Taha, kesemua graduan yang tamat belajar di kolej berkenaan diberi jaminan kerja dalam masa enam bulan selepas tamat pengajian.

“Graduan-graduan berpeluang bekerja sebagai guru di Tadika Brainy Bunch dan Tadika Rakyat atau warga kerja di mana-mana anak syarikat milik Kumpulan Brainy Bunch,” katanya.

Di samping itu, kesemua graduan akan diberikan latihan keusahawanan secara percuma sepanjang hayat sebagai alumni kolej oleh Business Coach yang bertauliah, Coach Fadzil.

“Sebagai bonus, bagi setiap pendaftaran, penuntut akan memperoleh saham koperasi KOPPIM dengan pulangan tahunan antara 10 hingga 15 peratus setahun,” katanya

Dr Taha berkata pengambilan bagi sesi kemasukan baharu tahun 2020 sedang dibuat dan mereka yang berminat boleh melayari laman web www.raudhahcollege.com atau Facebook rasmi Raudhah College.

 

Leave a Reply