Cart

CYBERJAYA – Jenama Beg Himawari menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus sempena pembukaan butik pertamanya di Malakat Mall pada 13 Mac ini.

Pengurus jenamanya, Adzliza Ibrahim berkata, promosi itu diadakan sebagai tawaran pengenalan memandangkan masih ramai yang belum mengenali jenama ini.

“Pada hari pembukaan butik, kita beri potongan harga sehingga 50 peratus untuk rekaan terpilih sahaja. Kita tawarkan promosi ini untuk menyambut pelanggan-pelanggan kami yang selama ini hanya mengenali kami menerusi jualan atas talian.

“Pada waktu ini, potongan harga sebanyak 20 peratus juga ditawarkan kepada pelanggan bermula 26 Februari lepas sehingga hari pertama pembukaan butik bagi semua rekaan melalui pembelian secara atas talian,” katanya kepada MBNews.

Bercerita mengenai persiapan pembukaan butik, Adzliza berkata, kerja-kerja mempromosi kini sedang giat dilakukan bagi memastikan jenama ini mendapat perhatian pelanggan yang hadir ke pembukaan Malakat Mall nanti.

“Sekarang ini kami sedang meningkatkan pemasaran dan promosi jenama Himawari dan kami yakin ia mampu menjadi satu jenama yang setanding dengan yang ada di pasaran.

“Hari ini juga kami adakan sesi fotografi bersama selebriti cilik, Mia Sara untuk menggayakan beg-beg Himawari yang sesuai juga digayakan oleh pelajar sekolah dan remaja,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai jenama Himawari, beliau berkata, sebanyak 12 rekaan menarik yang bersesuaian untuk semua peringkat umur lelaki dan perempuan akan dimuatkan di dalam butik pertama mereka.

“Himawari menampilkan material yang berkualiti dari nylon dan ada di antaranya adalah kalis air. Dari segi pemakaiannya, ia sesuai digayakan bermula pelajar sekolah sehinggalah golongan dewasa.

“Untuk produk jenama ini kita juga fokuskan kepada tiga aspek iaitu rekaan, keselesaan dan praktikal. Apa yang penting harga yang kita tawarkan adalah berpatutan dengan kualiti yang setanding dengan jenama popular yang lain,” katanya.

Adzliza juga berharap agar orang ramai mengambil peluang memiliki beg Himawari sempena tawaran potongan harga yang diberikan nanti.

“Tawaran kami amat berbaloi.Pakai dulu baru rasa kepuasannya,” kata Adzliza-

Leave a Reply