Cart

Batik Malaysia Hampir Dilupakan? | #MalakatPrihatin
Benarkah industri batik Malaysia mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan dari orang kita sendiri?

Seni batik sepatutnya menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia kerana ia merupakan lambang seni tradisi nenek moyang kita. Kain batik bukan sekadar boleh diragakan oleh kaum wanita sebagai kain basahan semata-mata, ia malah sering digayakan oleh para jejaka sebab pakaian korporat.

Walaubagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa pakaian batik di Malaysia masih bersifat eksklusif di mana busana tersebut hanya sesuai diragakan untuk sesetengah majlis sahaja seperti majlis penganugerahan, majlis perkahwinan, dan hari perayaan.

Anak-anak muda kini juga dilihat lebih gemar menggayakan corak batik dari negara jiran kerana corak dan warnanya dianggap lebih relevan dengan citarasa mereka.

Pada pendapat anda, di manakah silapnya dan apakah penyelesaian bagi mengembalikan semula minat generasi kini terhadap batik Malaysia?

Sila #LIKE & #KOMEN di bawah & #SHARE post ini kepada peminat-peminat batik!
(Kredit: Twitter @/AzielahaneemIdX )

Leave a Reply