Cart

RAUDHAH CITY – Mungkin pening mencari kasut yang sesuai dan mampu menarik perhatian bakal pemiliknya, tetapi Jojo Shoes adalah pilihan terbaik.

Pengurus jenama Jojo Shoes, Muhammad Hafiz Mohtar Rasali berkata, rekaan kasut itu dihasilkan oleh pereka-pereka jenama kasut terkenal seperti Puma, Adidas, Streetwalk, Sketcher dan lain-lain.

Tambahnya, Malaysia dipilih oleh pengeluar kasut tersebut sebagai negara pertama memasarkan produk itu di Pusat Beli Belah Malakat Mall.

“Kasut yang dihasilkan adalah berkualiti dan materialnya memang terbaik. Untuk menghasilkan sesebuah kasut, pihak pengeluar menggunakan teknologi terkini yang menepati citarasa masa kini,” katanya kepada Malakat Tribune di sini.

Tambahnya, selain kanak-kanak, kasut untuk golongan remaja dan dewasa turut ditawarkan dengan pelbagai pilihan menarik kepada mereka.

Mengenai harga Muhammad Hafiz berkata, pelanggan tidak perlu bimbang kerana harga ditawarkan mampu milik walaupun kasut yang dijual itu berkualiti tinggi.

Selain itu katanya, selain dijual di Malakat Mall, pihaknya turut menjual secara dalam talian bagi memudahkan pelanggan di luar Lembah Klang membelinya.

Ditanya mengenai saiz kasut yang mungkin menjadi pertanyaan para pelanggan, beliau memberitahu, perkara itu tidak perlu dibimbangkan kerana saiz kasut dihasilkan mengikut saiz masyarakat Asia.

Leave a Reply