Cart

KURANG dua minggu menjelang pembukaan Malakat Mall, Restoran Bunch-Oh! yang bakal menjadi tumpuan pengunjung pusat beli belah itu menjamu selera semakin rancak melakukan persiapan akhir.

Hasil tinjauan MBNews di Malakat Mall, proses ubah suai restoran berkenaan kini giat dilakukan manakala team jurufoto dari Creative Department Brainy Bunch pula sibuk melakukan sesi fotografi aneka menu yang bakal dihidangkan di restoran itu.

Jurufoto merakam menu hidangan yang akan dipamerkan di skrin digital Bunch-Oh!Ketua Chef Bunch-Oh! , Mohamad Zulkifli Sulong berkata beliau bersama pasukannya berasa teruja dan tidak sabar menunggu pembukaan Malakat Mall yang dinanti-nantikan ramai.

Kerja menyusun atur ruang makanan akan dilakukan pada 25 Februari ini. Buat masa ini, kumpulan kami bekerja keras memastikan segala yang dirancang lancar dan tersusun meskipun hanya beberapa hari sahaja lagi.

Segalanya tidak mustahil direalisasikan. Apa yang penting usaha dan doa semoga segalanya berjalan lancar,” katanya.

Bunch-Oh! menyediakan aneka hidangan lauk-pauk tempatan, kuih muih tradisional dan makanan barat selain pelbagai menu daripada vendor terpilih.

“Kita ada kira-kira 50 menu pilihan di Bunch-Oh! Selain masakan barat dan masakan tempatan, kita juga menyediakan pelbagai pilihan kuih tradisional untuk minum petang. Ia akan menjadi tarikan utama untuk peminat kuih tradisional di sini.

Kami menjanjikan harga hidangan yang amat berpatutan iaitu bermula dari RM1 hingga RM29,” katanya.

Selain itu, Bunch-Oh turut menyediakan pelbagai pilihan minuman untuk pelanggan dan dijangkakan aneka jenis kopi yang dibawa khas dari dalam dan luar negara akan menjadi pilihan pelanggan.

Menurut Mohamad Zulkifli, Bunch-Oh! mempraktikkan konsep layan diri dengan paparan menu digital seperti di Ikea bagi kemudahan pelanggan membuat pilihan hidangan dan membuat bayaran.

Leave a Reply