Cart

RAUDHAH CITY – Bunch-Oh sudah bersedia sepenuhnya menerima pelanggan secara rasmi Jumaat ini iaitu pada hari pembukaan pusat beli belah Malakat Mall.

Pengarah Food and Baverage (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, segala sistem di Bunch-Oh juga telah diuji dan semuanya berada di tahap terbaik untuk beroperasi.

“Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Sekarang kita tunggu hari pembukaan sahaja, sistem serta peralatan juga telah diuji dan semua berfungsi dengan baik.

“Untuk hari pembukaan (13 Mac), semua menu-menu yang ditawarkan di Bunch-Oh telah sudah boleh dipesan oleh pelanggan,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Terdahulu, Bunch-Oh hari ini menerima kunjungan kira-kira 150 guru-guru tadika dan Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch untuk mencuba set makan tengah hari.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, hari ini merupakan percubaan kedua di Bunch-Oh dengan yang pertama percubaan sarapan pagi yang dibuat pada Sabtu lalu.

“Untuk hari ini, percubaan makan tengh hari melibatkan guru-guru tadika dan sekolah antarabangsa Brainy Bunch bersama Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim.

“Set percubaan hari ini, kami sediakan set hidangan barat. Mereka boleh membuat pilihan sendiri dengan pelbagai jenis hidangan barat yang disediakan,” katanya.

Aziz berkata, pelanggan boleh buat pilihan salad atau sup untuk pembukaan, roasted beef, fish and chips, spageti bolognese dan grilled chicken chop untuk menu utama.

“Kami juga sediakan minuman teh ais lemon dan pencuci mulut panna cotta. Semua jenis makanan hari ini disediakan oleh cef-cef termuka di Bunch-Oh,” katanya.

Sementara itu, Azirawati Abdul Rashid berkata, set makan tengah hari di Bunch-Oh sangat sedap dan dia begitu teruja kerana diberikan peluang untuk mencuba.

“Semua sangat sedap, saya dan rakan-rakan memesan roasted beef, fish and chips, spageti bolognese dan grilled chicken chop. Semua boleh cuba, banyak pilihan.

“Orang ramai, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan-makanan yang ada di Bunch-Oh. Pasti tidak rugi, difahamkan harganya juga amat berpatutan,” katanya.

Dalam pada itu, Niza Fadzil berkata, dia amat berpuas hati dengan makanan di Bunch-Oh selain layanan pekerjanya juga amat baik dan mesra pelanggan.

“Banyak pilihan makanan di sini, untuk set percubaan hari ini juga menarik. Jadi, untuk orang ramai yang berkunjung ke Malakat Mall, jangan lupa singgah di Bunch-Oh,” katanya.

Leave a Reply