Cart

RAUDHAH CITY – Pertama kali menjejakkan kaki ke Restoran Bunch-Oh di Malakat Mall di sini terdetik di hati mengatakan konsep ala-ala kafe ‘mewah’ ini pastinya menawarkan harga makanan setanding dengan jenama popular di negara ini.

Nyata, tanggapan itu meleset kerana sebenarnya restoran ini menyediakan makanan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat pada harga serendah RM1.50.

Pengarah Food and Baverage (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, Bunch-Oh menyediakan menu masakan dari enam benua dengan pilihan 80 jenis menu pada harga sangat berpatutan.

Menurutnya, ini adalah kombinasi yang jarang disediakan restoran lain di negara ini, kombinasi enam benua iaitu kira-kira 80 menu di satu tempat dan itu istimewanya tentang Bunch-Oh.

“Bunch- Oh bukanlah sekadar kafe biasa kerana menyediakan menu yang ringan sehingga yang berat, ada juga yang sihat. Namakan apa sahaja, semuanya ada di sini.

“Memang kalau dilihat dari luar mungkin ramai yang takut mahu masuk sebab konsep diketengahkan nampak mewah, tapi sebenarnya kita menawarkan harga makanan serendah RM1.50 sehingga RM30 maksimum.

“Jadi ia sesuai untuk dikunjungi oleh semua kategori pelanggan bermula pelajar sehinggalah individu bekerjaya,” katanya kepada MBNews di sini hari ini.

Katanya, walaupun harga ditawarkan pada kadar berpatutan, namun kualiti makanan serta penyediaannya adalah ditahap yang terbaik.

“Makanan di sini disediakan oleh cef-cef hebat mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam bidang kulinari yang bersama kita untuk memperjuangkan Malakat Mall.

“Jadi tentang pemilihan makanan itu, anda semua tak perlu risau, boleh datang lihat sendiri menu disediakan dan percayalah apa yang disediakan adalah terbaik dari yang terbaik, Insya-Allah,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai majlis yang berlangsung hari ini, Aziz memberitahu ia merupakan hari percubaan pertama buat Bunch-Oh memulakan operasi.

“Acara hari ini sebenarnya hari percubaan pertama kami untuk menggunakan peralatan yang ada, tapi kami belum lagi beroperasi sepenuhnya.

“Kita juga menerima tetamu istimewa iaitu Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dan Pengerusi Kumpulan Brainy Bunch, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir serta beberapa tetamu kehormat lain yang datang menyaksikan dan mencuba sendiri keistimewaan Bunch-Oh.

“Apa yang tak betul, kami cuba betulkan dan apa yang tak bagus kita perbaiki setiap hari sehinggalah majlis pembukaan dan perasmian pada 13 Mac ini.,” katanya.

Justeri, Aziz turut mengajak orang ramai mengambil peluang hadir pada majlis pembukaan sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Bunch-Oh dan Malakat Mall dalam membangunkan ekonomi Muslim.

“Saya menjemput semua orang seluruh Malaysia khususnya yang berdekatan untuk datang memberi sokongan terhadap konsep yang kita ketengahkan yang saya rasa sukar untuk didapati di tempat lain,” katanya.-MBNews

Leave a Reply