Cart

CYBERJAYA – Kisah pengalaman Chef Mohd Azizan Shukri yang disiarkan di portal MelayuBangkitNews semalam mendapat sokongan ramai termasuklah komen-komen positif dari mereka yang pakar dalam bidang kulinari memberi sokongan.

CYBERJAYA – Kisah pengalaman Chef Mohd Azizan Shukri yang disiarkan di portal MelayuBangkitNews semalam mendapat sokongan ramai termasuklah komen-komen positif dari mereka yang pakar dalam bidang kulinari memberi sokongan.
 
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah kelainan dan menu yang disajikan  di Casa De Madani di Malakat Mall, Cyberjaya itu.

Penulis berpeluang menemuramah Master Chef Casa De Madani, Mohd. Azizan Shukri yang berperanan menyediakan lebih 80 menu hidangan halal Eropah bermula pada pembukaan Malakat Mall, Mac nanti.

Restoran tarikan baharu itu bakal menawarkan harga makanan yang mampu milik untuk pelanggan menjadikan Restoran Casa De Madani satu-satunya ‘halal fine dining’ pertama di Malaysia.

Memberi kelainan menyediakan makanan bertaraf dunia berkonsepkan gaya eropah moden dengan rasa Asia kepada pelanggan antara daya tarikan terbaharu di Cyberjaya malah di kawasan sekitar.

Che Mohd Azizan

Tugas besar buat pakar dalam bidang kulinari itu, Chef Mohd Azizan Shukri   berkata, walaupun tampil dengan konsep eropah moden,  Casa De Madani tetap menyediakan makanan yang berkualiti tinggi, murah dan halal.

“Harga yang kami tawarkan kepada pelanggan juga amat berpatutan. Untuk set makanan tengahari bermula dengan harga RM30.

“Rasa makanan jangan risau masih dalam tawaran harga berpatutan tanpa menghilangkan sebarang rasa Eropah,” katanya.

Beliau yang komited dalam kerjayanya berkata, di Casa De Madani nanti penggunaan bahan-bahan yang segar dan berkualiti tinggi dalam setiap proses masakan.

“Saya juga akan merasa setiap hidangan 12 chef kendalian saya.

“Apa yang menariknya di sini adalah terdapat hidangan pembuka selera sup antipasto canapes dan salad serta pelbagai jenis makanan laut seperti hokaido scallop dan daging berkualiti tinggi  wagyu A5,” katanya.

Lebih menarik, antara hidangan lain menanti pelanggan ialah ‘Mb 9 wagyu aussie pan roasted oven wood Japanese sweet potato vinaigrette dates’ dan ‘slow oven cajun cod fish mango salsa momotaro tomato Madagascar vanilla pod honey hollandaise finished’.

Mengulas mengenai mengapa beliau memilih untuk bekerja di Casa De Madani, Chef Mohd. Azizan berkata, beliau ingin mencari kelainan mengutamakan soal halal.

“Di sini restorannya berkonsep halal dalam semua aspek. Mungkin ramai yang terkejut bila saya beritahu semua pekerja di dapur perlu mengambil wuduk sebelum memulakan tugas.

“Untuk masakan barat, resepi luar negara mungkin ada campuran bahan tidak halal. Tetapi, di sini kita pastikan semua halal serta kesegaran bahan di titik berat kan untuk memastikan kawalan mutu yang ketat,” katanya.

Sebagai chef, Mohd Azizan berkata, sudah pasti ramai yang ternanti-nanti pembukaan Casa De Madani itu, ramai juga yang tidak sabar merasai hidangan air tangannya.

Pada masa yang sama berharap apabila restoran sudah dibuka secara rasmi nanti semua pihak tidak melepaskan peluang menikmati semua hidangan di sini sambil membeli belah di Malakat Mall. 

 

Leave a Reply