Cart

CYBERJAYA – Tidak hanya menjual pelbagai jenis alat tulis, Jenama Conteng yang akan dibuka di Malakat Mall pada bulan Mac ini membawa kelainan kepada bakal pelanggannya.

Pengurus Jenama Conteng, Hani Noorashiqin Abd Majid berkata, pihaknya akan menawarkan pelbagai aktiviti yang disusun pada hujung minggu untuk  komuniti dan keluarga dapat kumpul bersama.

Jelasnya, Conteng bukan sahaja menawarkan alat tulis untuk pelajar sekolah, ia juga terbuka kepada untuk golongan pelajar seni, penuntut universiti serta kegunaan pejabat.

Pengurus Jenama Conteng, Hani Noorashiqin Abd Majid

Katanya, Conteng  tidak seperti sebuah kedai alat tulis seperti kebiasaan kedai lain sebaliknya ia sebuah premis perniagaan yang bersifat kekeluargaan.

“Seperti saya sebutkan sebelum ini, Conteng akan menawarkan aktiviti mingguan seperti kelas seni dan kraf kepada mereka yang berminat.

“Dalam masa sama, kami juga juga menawarkan servis printingink stampbinding dan juga service gift shop untuk komuniti selain menjual alat tulis,” katanya.

Hani Noorashiqin menambah, pihaknya mengimpikan Conteng  untuk menjadi kedai alat tulis yang terkenal bukan sahaja kerana pelbagai variasi harga dan pilihan ditawarkan.

“Tetapi  kami mahu menjadi one stop centre untuk servis dan aktiviti yang diadakan akan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di kalangan komuniti,” katanya.

 

Leave a Reply