Cart

RAUDHAH CITY – Ketika ini pelbagai jenis dan jenama tepung ayam goreng di pasaran sehingga membuatkan pengguna rambang mata mencari yang terbaik.

Apa yang pasti, mencari yang terbaik itu hak pengguna dan bagi Muslim adalah lebih elok memilih produk keluaran usahawan Islam yang diyakini tahap halalnya.

Bagi memberi pilihan kepada pengguna, ada satu lagi produk tepung ayam goreng keluaran usahawan bumiputra dengan jenama Crispy Fried Chicken.

Pengedar Crispy Fried Chicken Kuala Lumpur, Selangor dan Pantai Timur, Salamah Mat Abu berkata, Crispy Fried Chicken terdapat dua jenis iaitu biasa dan pedas.

Beliau berkata, Crispy Fried Chicken dikilangkan syarikat milik abangnya di Ipoh, Perak sejak 2014 dan kini dipasarkan di pelbagai pasar raya.

“Kami ada dua jenis produk iaitu biasa dan pedas harganya berpatutan, untuk paket biasa 500 gram dijual RM5 manakala, paket pedas 500 gram berharga RM7.

“Produk kami 100 peratus milik Muslim dan merupakan perusahaan keluarga, Alhamdulillah setakat ini penerimaan pengguna sangat baik dan permintaan juga tinggi.

“Pada 1 Mac ini produk kami akan dipasarkan di Raudhah Grocer, Malakat Mall. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Salamah berkata, cara penggunaan Crispy Fried Chicken itu amat mudah, pengguna hanya perlu masukkan air sahaja untuk cairkan tepung.

“Tidak perlu masukkan bahan lain, lepas masukkan air pengguna boleh celupkan ayam dan goreng. Ia amat mudah, maklum balas pelanggan juga amat baik.

“Tepung yang tersalut di ayam cukup ranggup, mereka sudah cuba pasti tahu keenakan produk kami. Bahan-bahan yang digunakan juga adalah barangan bermutu tinggi,” katanya.

Dalam pada itu katanya, produk berkenaan juga telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Leave a Reply