Cart

Ayuh sertai kelas khas kami yang diadakan buat julung kalinya.
Belajar jadikan sisa dapur anda kepada baja organik.

Jangan lagi buang sisa dapur anda ke dalam tong sampah. Sebaliknya belajar untuk jadikan ia baja kompos organik yang kaya dengan nutrien dan mikrob baik.

Kita hentikan lambakan sisa sayuran bertan-tan di tapak pelupusan sampah.
Kelas ini dibuka untuk keluarga. Jadi bawalah anak-anak anda untuk belajar bersama-sama ibu-bapa di dalam aktiviti yang santai dan berfaedah ini.

Semoga anak-anak kita sayangi alam sekitar dan boleh tolong mama-papa di dalam pengurusan sisa buangan dapur di rumah.

Kelas ini khas untuk anda sekiranya anda:
* Baru ingin mula belajar buat kompos
* Pernah buat kompos tapi tak menjadi – jadi busuk, basah, berulat dan sebagainya
* Dah peram kompos berbulan-bulan tapi akhirnya tidak menjadi kompos pun
* Rahsia bagaimana nak tambah zat kalsium ke dalam kompos secara percuma

Tarikh: Sabtu, 12 September 2020
Masa: 10.30 pagi
Berjumpa di hadapan DIY Malaya, Tingkat 2 Malakat Mall untuk pendaftaran
Bayaran: Tiada bayaran! Percuma!

Kita akan juga ada lawatan khas ke kebun Aquaphonic Malakat Mall!
Belajar apa itu kebun aquaphonic. Lihat sayur-sayur segar-bugar yang ditanam dengan kaedah ini.

Semua yang ingin hadir perlu mendaftar.
Daftar di pautan ini:
https://forms.gle/RkzY5fdxfqzd23tp6

Tempat adalah terhad kepada 25 orang pertama sahaja.
Kita jumpa nanti ok!

Dari Sisa Jadi Baja Kelas Khas Komuniti Cinta Berkebun

Leave a Reply