Cart

CYBERJAYA – Ulama terkenal Indonesia, Kiai Dr. Zainul Ariffin dalam program Munajat Perdana Kebangkitan Ekonomi Islam di Malakat Mall telah mengetuai bacaan doa memohon keampunan dan keberkatan Allah.

Berikut antara kandungan doa yang diaminkan hampir 2,000 jemaah yang mengimarahkan program bersejarah Munajat Perdana Kebangkitan Ekonomi Islam yang julung kali diadakan di pusat beli belah.

Doa:

Ya Allah

Hanya kau maha pengampun Ya Allah
Kami adalah hamba-hamba Mu
Tetapi kami banyak dosa Ya Allah
Kami hamba bergelumang maksiat
Kotor dan tidak layak bersama Mu Ya Allah
Ampunilah kami Ya Allah

Ya Allah

Kami bersimpuh dihadapan Mu
Ya Allah walaupun lokasinya di sini
Hakikatnya kami yakin ada didepan Mu
memohon mercu rahmat Mu Ya Allah
Mengharapkan kasih sayang Ya Allah

Ya Allah

Kami memohon keampunan Mu
Kami dambakan kecintaan Mu Ya Allah
Walaupun cinta kami tidak sempurna
Hindarkan kami rasa dengki iri hati
Kami yakin cinta Mu besar Ya Allah

Ya Allah

Engkau dapat menutupi dosa Ya Allah
Segala aib dalam kehidupan kami
Kami bersandar kepada Mu Ya Allah
Jika terbuka aib, ia awalan kehancuran
Termasuk tali persaudaraan kami

Ya Allah

Kami yakin walaupun terhimpit
Kamu dapat memudahkan segalanya
Balaslah cinta kami yang sedikit ini
Kerana kami percaya cinta Mu besar
Kami memohon kepada Mu Ya Allah

Ya Allah

Walaupun sulit bagi kami Ya Allah
Ianya amat mudah bagi Mu Ya Allah
Mudahkan urusan kami Ya Allah
Kerana kami ditimpa pelbagai dugaan
Berilah kami kejayaan Ya Allah
Khususnya di Malakat Mall ini Ya Allah

Ya Allah

Makbulkan lah segala hajat kami
Di dunia dan juga akhirat Ya Allah
Kami yakin kamu dapat makbulkan
Sedarkan lah hati kami Ya Allah
Berikanlah kesedaran kepada kami
Kepada mereka degil berikan hidayah
Lembutkan hari mereka Ya Allah

Ya Allah

Hanya kamu yang dapat selamatkan
Selepas kami tinggalkan majlis ini
Ampunkan dosa kami Ya Allah
Berikan kami jalan keluar Ya Allah
Tiada penyakit sembuh tanpa izin Mu
Kabulkan dan jaga anak cucu kami

Amin…Amin…Amin Ya Rabbal Alamin

Leave a Reply