Cart

CYBERJAYA – Koperasi Pembangunan Islam Malaysia (KoPPIM) akan bekerjasama dengan Koperasi Pembangunan Ummah Negeri Kelantan (Ko-Ummah) bagi meningkatkan lagi kempen BMF di seluruh negara.

Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Johari berkata, berikutan itu sebagai langkah permulaan kedua-dua koperasi tersebut akan bersatu untuk menggerakkan kempen BMF.

“Alhamdulillah. Menerima lawatan kerja daripada barisan kepimpinan Ko-Ummah kepada KoPPIM Malaysia di Cyberjaya.

“Melalui Pembela, kita akan satukan kekuatan dua koperasi ini bagi menggerakkan kempen BMF Malaysia,” katanya dalam dalam Facebook miliknya.

Terdahulu, Ko-Ummah mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Brainy Bunch; Raudhaville dan meninjau kerja-kerja pengubahsuaian pusat beli belah BMF pertama di Malaysia, Malakat Mall di Raudhah City, Cyberjaya di sini, semalam.

Kunjungan wakil Ko-Ummah itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Brainy Bunch, Fazli Rahim.

Sementara itu, Mohd. Nor Izzat yang lebih dikenali sebagai cikgu Izzat berkata, kerjasama itu juga merupakan langkah pertama pihaknya untuk bersama koperasi pantai timur dalam kempen BMF di Malaysia.

Leave a Reply