Cart

Beliau berkata, dalam tempoh tersebut umat Islam dijangka dapat menguasai semula ekonomi negara berdasarkan kejayaan Malakat Mall, Cyberjaya yang bakal dibuka pada 1 Mac ini dan kempen Buy Muslim Product (BMF) di Malaysia.

“Semoga Allah terus memberkati usaha-usaha kita dalam membangun ekonomi umat Islam di Malaysia ini. Saya yakin, dalam tempoh 10 ke 20 tahun lagi umat Islam boleh menguasai ekonomi negara. Insya-Allah,” katanya.

Aminuddin yang juga Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengulas mengenai kejayaan penganjuran program Munajat Perdana di Malakat Mall semalam yang berjaya menghimpunkan lebih 2,000 pelajar tahfiz dan alim ulama bagi mendoakan pembukaan pusat beli belah pertama BMF di Malaysia berjalan dengan lancar.

Mengulas lanjut, katanya, program semalam itu merupakan malam bersejarah kerana buat pertama kalinya sebuah pusat membeli belah di Malaysia dipenuhi oleh lautan manusia yang berselawat dan bermunajat kepada-Nya.

“Alhamdulillah, kita berjaya mengumpulkan lebih 2,000 pelajar pondok tahfiz dan para alim ulama dalam program Munajat Perdana bagi mendapat keberkatan dan mendoakan kejayaan Malakat Mall, Cyberjaya yang bakal dibuka tidak lama lagi serta kejayaan kempen BMF di Malaysia.

“Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan besar-besaran pada malam semalam, terutamanya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, tok-tok guru pondok, Coach Fadzil, Cikgu Izzat Johari, rakan-rakan media dan pendokong-pendokong BMF yang hadir,” katanya.

Leave a Reply