Cart

RAUDHAH CITY – Ibu bapa pelajar di Brainy Bunch kini berpeluang menjana pendapatan melalui amalan kebun bandar yang akan diperkenalkan sebagai satu kokurikulum pelajar tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim berkata, peluang itu merupakan sebahagian daripada matlamat Brainy Bunch sempena pengenalan kokurikulum baharu iaitu aktiviti pertanian fertigasi.

“Pendedahan kaedah pertanian fertigasi ini adalah sebahagian daripada subjek pendidikan iaitu ‘Advance Practical Life’ yang bertujuan memberi tambah nilai kepada kemahiran hidup pelajar.

“Serentak dengan itu juga, kami mengaktifkan program Kebun Sayuran Organik Tidak Berpusat yang memberi peluang kepada orang ramai menjual semula sayur-sayuran kepada kami.

“Hasil pertanian organik ini akan dipasarkan di Raudhah Grocer yang akan beroperasi di Malakat Mall tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui di Ladang Makanan Keselamatan di Ibu pejabat Kumpulan Brainy Bunch di sini.

Selain itu katanya, pengenalan kokurikulum baharu itu akan diperkenalkan di Brainy Bunch seluruh negara khususnya yang beroperasi di atas kediaman bertanah.

Leave a Reply