Cart

Food street Malakat Mall dengan Live Band
Kalau berkunjung ke Cyberjaya maka salah satu tempat yang anda wajib kunjungi ialah Malakat Mall.

Malakat Mall ini lebih dari sekadar mall, ia merupakan hub pengumpulan produk Muslim yang terbesar di Malaysia yang menyediakan ruang dan peluang kepada usahawan-usahawan Muslim bagi memasarkan produk mereka dan pengguna-pengguna Muslim bagi mendapatkan produk-produk Muslim.

Antara kelebihan lain Malakat Mall ini adalah food street yang menyediakan pelbagai jenis makanan kesukaan rakyat Malaysia.

Sambil-sambil bersantai menikmati hidangan, penggunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan Saja Band!

Lepas makan boleh jalan-jalan dalam mall dan buat ibu-ibu boleh la beli barangan rumah di Malakat Grocer. Disini majoriti produk adalah produk Muslim. Ada juga produk international tapi tak banyak.

Jadi tunggu apa lagi, jom ke Malakat Mall harini.
Sila #Like dan #Share

Leave a Reply