Cart

Berkongsi pengalaman kali pertama itu, Zulkarnain Rosli, 20, menyifatkan ia sangat mengujakan meskipun sedikit gementar.

“Sangat gementar sebab ini kali pertama saya diminta untuk berkongsi ilmu agama bersama rakan sekerja lain.

“Malah ini adalah tempat kerja pertama bagi saya yang membuat sesi taalim setiap pagi bersama rakan sekerja lain,” katanya.

Zulkarnain yang berasal dari Jeli, Kelantan menambah, menerusi sesi itu juga ia dapat mendidik dan memberi peringatan kepada dirinya sendiri untuk berubah ke arah lebih baik.

Dalam nada sama, salah seorang kakitangan Raudhah Grocer, Norgini Mazlan, 18, menyifatkan sesi taalim yang diadakan setiap pagi adalah satu pekara yang luar biasa.

Jelasnya, ini kerana tiada tempat kerja lain mengadakan sesi seperti itu pada setiap pagi kecuali di Malakat Mall.

“Sebenarnya, ia usaha yang baik untuk kami untuk mengubah sikap kita ke arah lebih baik.

“Sebagai contoh, saya di sini diajar untuk menunaikan solat di awal waktu dan ia sangat bagus sebenarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Noratirah Che Mot, berkata, menerusi sesi taalim itu juga membantu dirinya untuk menjadi lebih baik.

Katanya, ini kerana hadis yang disampaikan itu juga memberi peringatan, nasihat kepada dirinya termasuk rakan sekerja lain juga.

“Selain mengingatkan untuk sentiasa menunaikan solat di awal waktu, ia juga membuatkan saya menjadi lebih bersemangat untuk pergi ke tempat kerja,” katanya.

Leave a Reply