Cart

Para ilmuan Islam dahulu telah menerajui pelbagai bidang. Mereka menemukan trigonometri, astrolab, gajet pintar, geometri, universiti penerbangan, astronomi, pembedahan, farmasi dan ilmu perubatan.

Semua ini dipaparkan dalam buku ’77 Ciptaan & Inovasi Agung Ilmuwan Islam Yang Mengubah Dunia’ Ia mengupas bagaimana tamadun Islam ketika dahulu dalam membangunkan pelbagai ciptaan awal dalam pelbagai bidang.

Antara yang menarik bagaimana cendekiawan bernama Ibn al-Nafis menemukan edaran pulmonari, peranan hati dan paru-paru. Dia menemukan perjalanan darah dibersihkan dalam paru-paru, di mana ia ditapis dengan udara yang disedut dari atmosfera di luar tubuh.

Buku ini mengulas tentang binaan hospital, vaksin diperkenalkan bagi merawat cacar ketika kerajaan Uthmaniyah berkuasa dan lain-lain lagi.

Kita pada hari ini mati-mati ingatkan orang baratlah yang menemui segala macam bidang. Padahal, semua itu diceduk dari ilmu yang dipelopori oleh cendekiawan Islam.

Dapatkan buku ini di IqraRead, Malakat Mall, Cyberjaya.
Harga: RM29.00.Hlmn: 187
*Boleh PM jika berminat mendapatkannya secara online.

Hebatnya Ilmuan Islam #IQRAReadBookstores Sejarah Kehebatan yang Tenggelam

Leave a Reply