Cart

Kita Ni Bukan Koman, Pun!
Buku: Teknologi Kesultanan Melaka
Paparkan Kehebatan Melayu Yang Sebenar!

Percayakah anda, di zaman kegemilangannya, kesultanan Melaka memiliki pelabuhan yang terkaya di dunia? Pedagang-pedagang dari sluruh dunia datang berdagang di Melaka.

Oleh kerana perhubungan yang meluas itu, kesultanan Melaka juga terdedah dengan peradaban asing seperti Islam (Arab, Parsi, India dan Turki) dari Barat serta peradaban China dan Jepun dari timur. Ini menjadikan Melaka setanding dari segi sains dan teknologi dari tamadun-tamadun luar yang sezaman dengannya.

Malangnya, sebahagian dari masyarakat hari ini menyangka bahawa Kesultanan Melaka hanyalah sebuah kerajaan yang kuno dan jauh ketinggalan dalam kemajuan teknologi. Luasnya Melaka dianggap kecil seperti negeri Melaka pada hari ini, sedangkan kesultanan Melaka meliputi kawasan hingga ke selatan Siam, Utara Sumatera hingga ke selatan Singapura.

Sedihnya bila ada yang beranggapan bahawa Kesultanan Melayu Melaka hanyalah mitos semata-mata akibat semua kesan peninggalan Kesultanan Melaka telah dimusnahkan oleh Portugis ketika mereka menawan Melaka pada tahun 1511.

Namun, kebenaran sememangnya tidak dapat disembunyikan. Berdasarkan catatan-catatan sejarawan Portugis sendiri, Kesultanan Melaka memiliki peradaban dan teknologi yang boleh dibanggakan. Tatkala Portugis menyerang Melaka, kita bukan sahaja menentang mereka dengan keris dan lebing, bahkan dengan senapang dan meriam!

Buku ini menyajikan tentang teknologi-teknologi dan peradaban yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan catatan-catatan Portugis yang digali oleh sejarawan kita sendiri!

Sebuah lagi buku bukti kehebatan Melayu.
Untuk tatapan sendiri dan anak cucu…
Dapatkan buku ini di kiosk IqraRead, Malakat Mall, Cyberjaya

Halaman: 324 Harga RM49.00

Leave a Reply