Cart

Islam adalah agama rahmatan lil ‘alamin iaitu rasa kasih sayang ALLAH SWT kepada makhluknya di seluruh alam semesta. Justeru, Islam bukan bagi umat Muslim semata-mata, bahkan juga bagi non-Muslim.
Islam agama keamanan. Bila kita memerintah, kita tidak boleh menganiaya mereka dari agama lain, melainkan kita lindungi mereka.
Meskipun sejarah dan situasi pada hari ini mengisahkan pemerintahan yang dikuasai kalangan agama lain telah menyiksa penganut agama Islam, kita tidak boleh membalas balik perbuatan itu.
Malah, kita harus menyayangi penganut agama lain sebagai makhluk ciptaan ALLAH swt. Kerana itu, kita patut menyeru mereka untuk menerima keEsaan ALLAH swt.
Tugas mendakwah ini bukan tugas mereka yang bergelar ustaz semata-mata. Sebaliknya ia adalah tugas semua ~ tugas saya, tugas anda, tugas kita semua.

Leave a Reply