Cart

Walaupun kerajaan dah umum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Putrajaya, dan Kuala Lumpur, anda jangan risau kita masih boleh keluar untuk membeli barangan keperluan harian.

Orang Cyberjaya rupanya ada yang mula panic buying. Dengar cerita ada yang mula keluar beli barangan grocer dah.

Tolong jangan panik ye!

Sebab apabila berlakunya panic buying anda membantu ke arah meningkatkan harga barang sehingga menyebabkan kehabisan stok.

Akhirnya orang lain tidak mendapat barangan harian mereka. Jangan ulangi ‘Panic Buying’ yang dahulu.

Apa pun nak bagi tahu Malakat Grocer812 menyediakan barangan yang cukup untuk kita semua. Paling menarik semuanya halal dan Thoyibban.

Belilah barangan seperti biasa, tetapi diingatkan sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal dan sanitasi tangan anda selalu.

Leave a Reply