Cart

CYBERJAYA – Memiliki perkakas dapur mewah menjadi impian setiap wanita selain ia menjadi pelengkap kepada sesebuah kediaman itu sendiri.

Pengeluar perkakas dapur jenama C&E yang akan membuka premisnya di Malakat Mall bakal menawarkan pelbagai jenis perkakas dapur berkualiti tinggi kepada pelanggannya.

Pengarah Urusan C&E Asia, Syaraff Al Sadat Mohsein berkata, C&E bermula sebagai sebuah syarikat pengeluar perkakas dapur (OEM) untuk beberapa jenama perkakas dapur terkenal.  Dan kini mengorak langkah untuk memperkenalkan perkakas dapur berkualiti jenama C&E.

Antara kelainan yang dibawa oleh C&E Asia adalah untuk membantu pelanggan kami mereka bentuk dapur idaman dan dilengkapkan pula dengan set perkakas dapur jenama C&E.

Menurutnya, hasil lawatan Coach Fadzil Hashim tahun lepas ke Yiwu telah berjaya membawa kepada kerjasama strategik diantara syarikat C&E dan pihaknya apabila diberikan hak pengedaran eksklusif bagi perkakas dapur jenama C&E untuk pasaran Asean, bermula dengan kedai pertama di Malakat Mall, Cyberjaya pada akhir bulan Mac nanti.

“Ia adalah kedai jenama C&E pertama yang bakal dibuka untuk memperkenalkan perkakas dapur jenama C&E kepada pasaran Malaysia.  Kami sebenarnya amat teruja dengan kerjasama ini.

“Ini kerana kami adalah usahawan bumiputera yang diberi peluang oleh Coach Fadzil untuk menjadi pengedar perkakasan dapur di bawah jenama C&E.

Syaraff berkata, syarikatnya juga akan memasarkan jenama C&E di seluruh Malaysia sebagai perkakas dapur mewah berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan.

Menurutnya, selalunya produk yang berkualiti sering dikenakan harga yang mahal membuatkan pengguna terpaksa menyimpan hasrat mereka untuk memiliki barangan tersebut.

“Namun begitu, di C&E kami menawarkan perkakas dapur yang berkualiti tinggi namun pada harga mampu untuk dimiliki oleh pelanggan.

“Dalam pada itu, kita juga akan menumpukan jualan secara online untuk menerima tempahan seluruh Malaysia dan juga Asean bagi pembelian perkakas dapur di bawah jenama C&E ini,” katanya.

Tambah Syaraff, pihaknya juga menyusun beberapa idea untuk menarik minat golongan peminat perkakas dapur.

Katanya, selain menawarkan harga yang mampu milik, pihaknya juga akan berkerjasama dengan beberapa chef terkenal untuk menawarkan kursus memasak untuk manfaat para pelanggan C&E.

“Dalam masa sama, kita juga mahu pikat pelanggan bukan tradisi iaitu kanak-kanak yang belum ada kemahiran memasak kerana kita mahu galakkan mereka mempelajari skil kemahiran hidup seperti memasak hidangan kegemaran yang sihat.  Set Junior Chef perkakas dapur jenama C&E kami boleh menimbulkan rasa minat mereka. Siapa tahukan?,” katanya. 

 

Leave a Reply