Cart

7 Minutes Solat Break ✨ | #SolatDiMalakat
Alhamdulillah solat itu tiang agama. Dalam kesibukkan ketika mengerah tenaga mengejar dunia, jangan sesekali kita lupa kepada Sang Pencipta.

Kami di Malakat Mall sentiasa mengingatkan para pekerja untuk menunaikan solat pada awal waktu sebaik masuk waktu. Atas usaha itu, kami menggalakkan kesemua staff Malakat Mall untuk menunaikan kewajipan di mana jua.

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ
Maksudnya: “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan ke muncaknya adalah berjihad.”
[Riwayat al-Tirmizi (2616)]

Jadi kami nak tanya, #GengMalakat dah tunaikan solat ke belum? Ayuh, jom solat!

Leave a Reply