Cart

CYBERJAYA – Pejuang ekonomi islam, Mohd Fadzil Hashim mezahirkan rasa sebak apabila perjalanan pembukaan Malakat Mall berjalan seperti yang digambarkan.

Beliau turut meluahkan rasa syukur di atas sokongan orang ramai yang sehingga ternanti-nanti pembukaan malaky maal bakal menjadi salah satu sejarah kebangkitan ekonomi islam.

“Saya sendiri mula-mula sampai bila tim siap dengan pakai uniform dan makan ready menitik air mata kerana ia perlukan kerja luar biasa sebab nak buat ini bukan sahaja buka mall tapi kita juga bangunkan jenama- jenama baru yang akan memberi ruang dan peluang kepada usahawan dan pekerja dan juga kepads pelabur yang juga yang terdiri daripada pengguna islam itu sendiri.

“Malah,Malakat Mall memperjuangkan sistem ekonomi yang mana umat islam memiliki ekonomi sendiri.

“Kita mohon doa daripada netizen, sahabat lain, sahabat pejuang khusus yang mencintai perjuangan membangkitkan atau mengembalikan untuk tolong doakan Malakat Mall di Cyberjaya ini diberikan kejayaan, kemudahan. Insyallah, ia menjadi teras kebangkitan ekonomi islam,” katanya. – MBNews.

Leave a Reply