Cart

Statistik di Investopedia, sebuah portal kewangan di Amerika menunjukkan, 80 peratus syarikat gagal dalam masa lima tahun setelah beroperasi. Daripada jumlah yang mampu bertahan, 90 daripadanya pula gagal dalam tempoh 10 tahun. Apakah sebabnya? Apa yang boleh dipelajari daripada statistik yang mengerikan ini?

Di negara kita, 10-15 tahun yang lalu, kita tidak punyai ramai guru-guru bisnes samada dari kalangan Melayu mahupun dari kalangan kaum-kaum lain. Pada hari ini, jumlah mereka begitu ramai. Gelaran ‘mentor,’ ‘sifu’ dan ‘coach’ sudah biasa kita dengar.

Namun statistik dan data perkembangan ekonomi orang Islam dan Melayu tidak menunjukkan perkembangan. Yang lebih mengerikan, dari segi data umum, jumlah yang berjaya telah menurun.

Kita kena meneliti, sekiranya 90 % perniagaan itu gagal, kita kena buat kajian, mengapa ini berlaku dan pastikan ia tidak gagal. Setelah kami membuat beberapa siri program AYUHBANGKIT dan siri coaching, saya mendapati bahawa sistem ekonomi kapitalis yang diwujudkan di dunia ini akan menggagalkan majoriti perniagaan.

Sebagai seorang Islam, kita mesti bersandarkan kepada al-Quran dan Sunnah. Dalam Islam, konsepnya ialah tiada sesiapa yang boleh gagal sebab tanggungjawab kita ialah membantu saudara kita.

Dalam Islam, nilai kebersamaan dan persaudaraan itu mempastikan kewajipan kita membantu sehabis baik kepada perniagaannya. Statistik bahawa 90 % akan gagal ini boleh dihapuskan sekiranya kita kembali kepada kefahaman bahawa kita harus bersatu dan menyatu kekuatan usahawan kita agar kita dapat memanfaatkan kita semua.

Misalnya, mengapa kita perlu sokong usahawan Muslim? Sebabnya, apabila mereka untung, mereka akan membayar zakat. Apabila mereka ada duit lebih, mereka boleh mewakaf atau bersedekah.

Dalam sistem kapitalis, mereka hanya perlu membayar cukai kepada kerajaan sahaja. Kemudian, mereka empunya milik semua bakinya. Sebab itulah terjadinya ketidakadilan pengagihan kekayaan di dunia ini. Pada hari ini, lapan orang terkaya di dunia menguasai kekayaan bersamaan dengan 3.6 bilion manusia.

Ini satu angka yang sangat menakutkan. Kalau kita masih lagi dengan sistem yang sama, kalau kita ambil bulat-bulat apa yang ditentukan oleh guru-guru kapitalis, guru-guru orientalis yang mengajar kita bahawa kegagalan itu sesuatu yang okey, (kerana ia adalah fakta statistik) maka ia tidak bagus. Sebenarnya kita tidak boleh terima sesebuah kegagalan itu begitu sahaja.

Oleh kerana itu, sebagai orang Islam, kita wajib bantu perniagaan sesama kita. Tapi kita perlu ada kekuatan sebelum kita dapat bantu mereka. Sebab itu kita mesti bantu memberi kemampuan kepada yang tiada supaya apabila kekuatan ekonomi kita meningkat. Bila ekonomi kita kuat, kita berkebolehan untuk membantu yang lain.

Kita tidak boleh duduk dalam kerangka ekonomi yang dibina oleh pihak lain. Semangat yang kita tiup dan barakan ialah semangat agar kita bangkit untuk sama-sama membina ekosistem baharu ekonomi Islam.

Kita bantu membantu. Pengguna membantu peniaga. Peniaga pula ambil keuntungan sebagai amanah dan memberi balik dalam apa jua bentuk seperti berkongsi idea, ilmu dan kewangan. Itulah gerakan kita.

Alhamdulilah, ALLAH SWT telah memberi kita ilham untuk menggerakan KOPPIM atau Koperasi Pembanghunan Pengguna Islam Malaysia. Sebagai sebuah koperasi, KOPPIM adalah milik pengguna dan ahli-ahli.

Di antara punca kegagalan kita ialah kita belajar sama-sama tetapi kemudian  berjuang di lapangan sorang-sorang. Dalam suasana di mana seseorang itu berada di dalam sistem yang akan menggaggalkan majoriti, walaupun seseorang itu ada kekuatan kewangan, dia sukar hendak berjaya. Inilah isunya.

Begitu pun, walaupun 90 % akan gagal, 10 % bakinya akan berjaya. 1 % daripada mereka ini akan menjadi elit. Oleh kerana berada di dalam sistem kapitalis, walaupun dia membayar zakat dan sedekah, tetapi dia tidak punyai perasaan hendak menolong saudara-saudaranya.

Mereka berfahaman, kalau orang lain hendak berjaya, mereka harus melalui kesusahan seperti mana yang mereka pernah lalui sebelum mereka berjaya. Mereka harus masuk longkang dan langgar tiang untuk berjaya.

Inilah masalah 1 % ini. Walaupun bukannya semua, tetapi kebanyakan mereka dalam golongan ini mempunyai sikap yang begitu.

Sebab itu gerakan ini adalah untuk mencipta satu kekuatan baharu yang bermula dengan RM100 dengan menjadi ahli KOPPIM. RM100 ini adalah untuk agama, diri, anak dan cucu kita, malah seluruh keturunan kita. Dapatkan keahlian.

KOPPIM mempunyai dua tujuan. Pertama, untuk pengguna Islam. Kedu,a untuk usahawan Islam. Bila kedua-duanya kuat, kita boleh ambil kembali kekuatan kewangan yang kita ada. Setakat ini, keahlian yang hanya berbelas ribu ini tidak mencukupi. Kita kena bersama-sama mengajak kawan-kawan supaya menjadi ahli koperasi dan mempunyai kekuatan bersama. Bila kita bina sistem bersama, insya-ALLAH ia tidak akan gagal.

Ajaklah adik beradik, saudara-mara, handai taulan, rakan-rakan media sosial untuk menyertai KOPPIM. Hanya dengan pelaburan RM100 yang bila dikumpul dalam masa 10 tahun menjadi RM12,000. RM12,000 ini boleh dijadikan nilaian RM1.2 juta.

Kita sudah ada formula bagaimana kita lakukan terhadap Brainy Bunch yang mendapat nilai gandaan lebih 1,000 kali ganda dari jumlah pelaburan kita.. Untuk koperasi pula kita hanya menyasarkan 100 kali ganda. Semua ini mampu dilakukan jika kita bersatu.

Kita pecahkan ruyung, pecahkan permasalahan. Teruslah ke kelas-kelas perniagaan. Belajarlah. Tetapi selepas itu kita akan gagal jika berniaga sendirian tanpa bantuan orang lain. Sebab itu, datanglah ke koperasi untuk mendapat bantuan. Cuma KOPPIM belum kukuh dan belum dapat bantu semua orang.

Sudah-sudahlah kita dihina, ditindas dan disakiti. Tak perlu tunggu sesiapa atau orang lain untuk bantu kita. Ini adalah gerakan rakyat, gerakan orang bawahan. Kita hanya perlu mengasihi antara satu sama lain kerana ALLAH SWT.

Insya-ALLAH tidak akan ada lagi 90 % perniagaan yang akan gagal. Sebab dalam ekonomi Islam, tiada yang gagal sebab kita saling bantu membantu.

Leave a Reply