Cart

Alhamdulillah hari pertama Malakat Grocer 812 berjalan dengan lancar dan jayanya.

Kenapa Malakat Grocer 812? Sebab kedai kami dibuka dari 8pagi hingga 12 tghmalam.

Nak buka 8pg anak-anak muda ni dah ready di kedai sejak jam 7pg lagi, bila dah tutup jam 12mlm, mereka masih lagi di kedai bagi menyusun barangan dan kemas kedai untuk persiapan hari esok.

Seronok bila tengok anak-anak muda ni sangup bekerja dengan tekun dan penuh dedikasi. Insya Allah dengan keikhlasan dan ketekunan mereka akan menhadirkan rezeki yang diberkati untuk mereka dan ahli keluarga mereka.

Yang paling penting mereka motivasi mereka adalah demi sebuah perjuangan untuk membina satu ekosistem ekonomi Islam yang bebas riba dan lebih adil demi mengembalikan hak dan maruah agama, bangsa dan negara.

Penat pun tak terasa bila pelanggan tak putus-putus datang membeli. Rata-rata sukakan konsep yang dibawakan oleh Malakat Grocer 812.

Kedai yang bersih dengan susun atur yang sangat menarik dan menyediakan makanan basah dan sayur-sayuran. Tong gas pun ada di jual disini. Walaupun di bahagian basah sangat bersih dan tak ada bau busuk.

Produk pun kebanyakkan nya produk Muslim seperti mana yang terdapat di Malakat Grocer 812 di Malakat Mall Cyberjaya.

Siap ada kedai makanan yang menyajikan nasi lemak, waffle, kaya ball, red hot sosej dan buat potong.

Buat peminat boba tea, kami ada tea amo yang pastinya lebih dari sekadar menghilangkan dahaga anda.

Ini adalah hari pertama untuk perjuangan di Putra Perdana Puchong.
Kepada semua penduduk setempat di Putra Perdanan Puchong jom beramai-ramai hijrahkan pembelian runcit dari kedai sedia ada ke Malakat Grocer 812 Putra Perdana.

Kenapa perlu berbelanja di kedai lain yang tidak memberi apa-apa dividen atau membantu komuniti Putra Perdana?

Dengan membeli dari Malakat Grocer 812 Putra Perdana anda bukan setakat berbelanja untuk sekadar dapatkan barangan anda, tetapi anda berbelanja di kedai milik anda bila mana anda menjadi ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM). Dengan ini anda akan mendapat dividen dari KoPPIM.

Jadi ayuh jom beramai-ramai warga Putra Perdana berbelanja di Malakat Grocer 812.

Bantu kami sebarkan posting ini kepada semua rakan-rakan dan ahli keluarga anda.

Leave a Reply