Cart

Apakah kebaikan memiliki alat pemeriksaan tekanan darah / blood pressure monitor di rumah ?

Mesti ramai tertanya, perlukah kita simpan alat blood pressure di rumah? Penting ke? Dah la mahal, adakah ia berbaloi?

Sebenarnya, memang lebih elok jika kita memiliki alat pemeriksa tekanan darah di rumah.

Kenapa?
〽️dapat membantu kita memantau tekanan darah
〽️memastikan mengambil ubat dan ubat yang diambil berkesan
〽️dapat mengurangkan kos penjagaan kesihatan (kurang lawatan ke klinik)
〽️membantu diagnosis awal jika ada masalah tekanan darah
〽️rasa lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan diri kita sendiri

Lagi- lagi bila kes covid 19 ini sedang meningkat, kita perlu kurangkan aktiviti yang menyebabkan kita keluar rumah.

Jadi bagi orang yang memiliki masalah tekanan darah, belilah alat pemeriksaan tekanan darah untuk monitor tekanan darah anda di rumah!

Leave a Reply