Cart

Khabar gembira buat warga Masjid Tanah dan sekitarnya, pusat beli belah Muslim Malakat Mall akan memulakan operasinya pada 1 Disember depan.

Sebentar tadi berlangsung majlis menandatangani perjanjian penyewaan premis M.Mall di Masjid Tanah, Melaka antara Malakat Mall dengan MARA Inc Sdn Bhd bagi mengambil alih pengurusan bangunan tersebut.

Perjanjian penyewaan premis itu ditandatangani Pengasas Malakat Mall, Coach Mohd Fadzil Hashim dan CEO MARA Inc Sdn Bhd, Khairul Aziz Ismail.
Jadi kepada orang Melaka khasnya warga Masjid Tanah berikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kami.

Dengarkan amanat dari Pendekar Ekonomi Melayu, Coach Mohd Fadzil Hashim. Mohon kongsi dan viralkan berita baik ini kepada semua.

 

Leave a Reply