Cart

Sokong lah peniaga-peniaga kecil yang ada di sekitar kita. Mereka tidak mengharapkan pulangan yang banyak, namun cukup sekadar dapat mengalas perut diri dan keluarga.

Hidup ini tidak semua orang bernasib baik untuk hidup senang. Ada yang sampai di usia yang lanjut pun masih perlu keluar berniaga hanya untuk mencari rezeki yang halal.

Dalam gambar menunjukkan seorang nenek yang masih gigih berniaga jagung di tepi jalan di Kalimantan Selatan, Indonesia.

Di usia sebegitu sepatutnya perlu duduk berehat di rumah sahaja namun nenek tersebut masih lagi keluar berniaga untuk mencari rezeki.

Walaupun kisah ini berlaku di Indonesia, namun di negara Malaysia juga masih banyak invididu seperti ini yang masih giat berniaga di usia yang lanjut di tepi jalan untuk mendapatkan rezeki yang halal.

Adakalanya jika kita ingin membeli, biar lah kita membeli dari peniaga-peniaga kecil berbanding pasaraya besar. Mereka tidak mengharapkan keuntungan, namun biar lah cukup untuk memberi makan keluarga pada hari tersebut…

——-

Ayuh kita bersama membina Ekosistem Ekonomi Islam Yang Baru & mengubah nasib Agama & Bangsa Kita!

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (TQS. Ar-Ra’d [13]: 11).

Jom daftar sebagai Ahli dalam Koperasi Pembanguan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM)

layari:
www.koppim.com.my
Apa yang anda harus lakukan?

SPEND . UNITE . FUND
SPEND – Membeli Dari Peniaga sesama Muslim (BMF)
UNITE – Bersatu Bersama menjadi ahli KoPPIM
FUND – Langanan Secara Bulanan RM100 Di Dalam KoPPIM

Untuk info lanjut boleh Whatsapp kepada kami:
https://infokoppim.wasap.my/

 

Leave a Reply