Cart

Koperasi Pengguna Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) dan Brainy Bunch Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah kongres yang dihadiri usahawan-usahawan Muslim pada 10 Oktober lalu. Kongres itu menjelaskan perjuangan PPIM kepada badan-badan lain untuk meningkatkan ekonomi Muslim dan menjadikan produk dan perkhidmatan peniaga Muslim pilihan utama pembeli.

Majlis dimuliakan dengan kehadiran-kehadiran VIP yang terdiri daripada rakan kongsi Brainy Bunch, Raudhah Ville, PPIM serta beberapa NGO termasuk Mapim. Tiga individu Kongres Usahawan Muslim berkongsi pengalaman masing-masing. En Mohamad Azarul Hakim Ibrahim tampil untuk berkongsi maklumat mengenai keberkesanan HaYib.com sebuah portal ecommerce yang baharu dilancarkan.Personaliti terkenal, Dato Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM menceritakan pengalaman berdepan dengan pelbagai cabaran sejak beliau memimpin PPIM hingga ke hari ini. Coach Fadzil Hashim pula berkongsi pengalaman dalam perjuangannya untuk meningkatkan ekonomi Ummah.

Dalam menyampaikan perkongsiannya, Azarul Hakim berkata, “Platform HaYib.com ialah untuk menyatukan pengguna dan pembeli. Ia juga menyediakan perkhidmatan jual beli melalui teknologi terkini. HaYib yang merupakan singkatan nama halal dan toyibban merupakan portal ecommerce yang menyediakan barangan Muslim sepenuhnya.

” Dato Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM pula menjelaskan, “Mencetuskan idea itu bukannya susah. Yang sukar ialah mencari orang untuk melaksanakan idea itu.” Menurutnya, pertemuan beliau dengan Coach Fadzil telah membuka ruang untuk merealisasikan pelan tindakan ini. Di atas keyakinan inilah PPIM telah menyerahkan tanggungjawab memimpin KoPPIM kepada Coach Fadzil sebagai CEO baru koperasi itu.

Ketika menyampaikan perkongsiannya, Coach Fadzil pula menyatakan, “Selagi mana kita duduk di padang orang, dia lah yang tentukan padangnya. Kita masih tidak mempunyai sistem ekonomi yang Islam sepenuhnya. Sebab itulah hasilnya pun masih lagi tidak dapat menjaga kepentingan maruah, ummah dan iman kita.” Matlamat Utama KoPPIM ialah untuk memberi bantuan kepada usahawan-usahawan Muslim. Ia juga mempunyai matlamat jangkapanjang untuk masyarakat dengan ‘Save the Ummah Fund’ yang bertujuan untuk memberi pinjaman tanpa riba, tajaan pendidikan dan kesihatan.

Selain itu, inisiatif strategik yang akan diambil ialah dengan mengadakan platform e-commerce (sekarang ini HaYib), etika pertukaran matawang dan pertukaran e-stock. Untuk memberi alternatif dengan ekonomi yang berlandaskan syarak, setiap aspek harus diberi perhatian dan diubah menjadi mesra Muslim. KoPPIM dan gelombang Buy Muslim First (BMF) akan memulakan langkah pertama dengan menjadikan Muslim pemilik sebenar ekonomi. Namun, harapan dan perjuangan ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dari setiap saudara Muslim di luar sana.

Kebangkitan usahawan-usahawan Muslim ini melalui ekosistem ekonomi Islam akan berjaya membersihkan semua transaksi perniagaan. Dengan menyertai kempen BMF dan menjadi ahli KoPPIM dengan pelaburan serendah RM100 sebulan, setiap individu Muslim boleh mengubah ekonomi negara.

Leave a Reply