Cart

CYBERJAYA – Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) telah menerima lebih 8,000 permohonan keahlian.

Dalam hantaran Facebook rasmi milik Pendekar ekonomi dan pendidikan Islam, Mohd Fadzil Hashim berkata, untuk sebarang pertanyaan bolehlah bertanya di group Telegram Khas t.me/KOPPIMinfo

“Assalammualaikum WBT! Kami mohon maaf atas kelewatan membalas pertanyaan tentang Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia KOPPIM.

“Kami telah terima lebih 8 ribu permohonan keahlian. Alhamdulillah! Sistem pengurusan ahli sudah dikemaskini,” kongsinya.

Mohd Fadzil juga memohon orang ramai menyebarkan berita baik itu kepada rakan-rakan untuk bersama dalam perjuangan memperkasa kekuatan pengguna Islam Malaysia.

 

Leave a Reply