Cart

 
CYBERJAYA –Jenama beg Himawari belum popular di negara ini. Sebab itulah ramai yang tidak tahu kualiti dan ciri-cirinya setanding dengan jenama beg pelbagai guna antarabangsa yang lain.

Rakan kongsi pengedar sah jenama Himawari di Malaysia dan Indonesia, Zuraini Musa berkata, potensi yang ada pada Himawari sangat tinggi kerana ciri-ciri istimewanya yang menawan dan berbaloi untuk dimiliki.

“Kami mengenali jenama ini ketika ke China bersama Coach Fadzil dalam satu trip perniagaan ke negara itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata Himawari memiliki ciri-ciri tersendiri.

“Beg ini memiliki bermacam-macam rekaan yang sesuai untuk pelbagai peringkat usia. Selain boleh digayakan sebagai beg laptop atau kegunaan kanak-kanak untuk ke sekolah, ia juga sesuai digunakan sebagai bagasi atau beg untuk lampin bayi.

“Ia direka dengan pelbagai pilihan warna dan rekaannya juga lebih moden. Buat masa ini orang ramai yang berminat untuk memiliki bag ini boleh membeli melalui portal himawariasia.com.

“Pada masa depan, orang ramai boleh dapatkan Himawari melalui butik di Malakat Mall yang akan dibuka pada Mac nanti,” katanya.

 

 

“Himawari bermaksud bunga matahari dan beg ini dihasilkan daripada China. Ramai yang berpendapat kebanyakan barangan dari negara itu tidak begitu berkualiti, tapi ia Himawari amat berkualiti.

“Melihatkan potensi yang ada, kami telah berbincang dan berjaya mendapatkan hak sebagai pengedar sah di Malaysia dan Indonesia daripada pihak jenama tersebut,” katanya kepada MelayuBangkitNews.

Leave a Reply