Cart

CYBERJAYA – Pengurus Malakat Mall, Farah Hazwani Amir Hashim berkata, pihak Raudhah Grocer memerlukan sepasukan 25 orang pekerja lagi untuk bertugas di bahagian runcit dan makanan basah.
 
Katanya, orang ramai yang berminat boleh datang ke Malakat Mall dengan membawa resume sebelum untuk walk-in interview dengan pihak Raudhah Grocer.
 

“Walk in interview bermula hari Isnin hingga Jumaat dari jam 11 pagi hingga 4 petang dan terbuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, lebih 2,500 jenis barangan terpilih akan ditempatkan dalam pasar raya Raudhah Grocer yang akan dibuka di Malakat Mall pada Mac ini.

“Daripada jumlah terpilih itu, sebanyak 80 peratus adalah barangan buatan Muslim,

” katanya.Katanya, pihak Raudhah Grocer semenangnya mengutamakan barangan buatan Muslim untuk dijual kepada pelanggan.

Farah Hazwani Amir Hashim.

“Ia melibatkan semua kategori seperti minuman, makanan dalam tin, sabun basuh pakaian, bahan basah dan  kering  akan dimasukkan di dalam Raudhah Grocer nanti.

“Kami juga jangkakan pada penghujung bulan Januari, barangan akan dimasukkan ke dalam Raudhah Grocer nanti untuk disusun,” katanya.

Farah Hazwani berkata, Raudhah Grocer juga akan melakukan soft launch sale pada bulan Februari nanti selain membantu memperkenalkan pasar raya itu kepada pelanggan.

 

Leave a Reply