Cart

RAUDHAH CITY – Pusat beli belah Buy Muslim First (BMF) pertama di Malaysia, Malakat Mall akan menganjurkan program Pasar Seringgit khusus untuk mengumpul dana bagi membantu golongan ibu tunggal yang memerlukan.

Menurut Pengasas Malakat Mall yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim, program tanggungjawab sosial masyarakat (CSR) itu diadakan dengan kerjasama program khidmat masyarakat, Brainy Bunch Youth ADAB Reset 2020.

Beliau berkata, salah satu komponen program khidmat masyarakat itu ialah  untuk mendidik setiap pelajar supaya dapat membantu orang lain.

“Program Pasar Seringgit ini akan diadakan pada 28 Mac ini di Malakat Mall bagi membina rumah untuk ibu tunggal di Klang, Selangor.

“Sebanyak 30 gerai menjual barang ‘preloved’ dengan dikendalilan sendiri oleh pelajar Brainy Bunch akan mengambil bahagian dalam program ini,” katanya.

Leave a Reply