Cart

Mohd. Fadzil Hashim (berdiri, tengah) bersama warga kerja Kafe Bunc-Oh yang bakal beroperasi 13 Mac ini di Malakat Mall.

RAUDHAH CITY  – Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim menzahirkan rasa sebak apabila perjalanan pembukaan pusat beli belah itu berjalan seperti yang digambarkan.

Beliau juga turut meluahkan rasa syukur atas sokongan orang ramai yang ternanti-nanti pembukaan pusat beli belah berkenaan yang bakal menjadi satu sejarah kebangkitan ekonomi Islam.

“Saya sendiri apabila mula sampai ke sini melihat tim dengan memakai uniform dan makanan telah disediakan menitis air mata kerana ia perlukan kerja luar biasa sebab hendak buat ini bukan sahaja pada Malakat Mall.

“Kita juga bangunkan jenama-jenama baharu yang akan memberi ruang dan peluang kepada usahawan, pekerja serta juga pelabur yang terdiri daripada pengguna Islam itu sendiri,” katanya selepas menghadiri percubaan kafe Bunc-Oh di Malakat Mall di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan Brainy Bunch, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Abidin Syed Mohamed Tahir.

Tambah Mohd. Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, pusat beli belah berkenaan turut memperjuangkan sistem ekonomi yang mana umat Islam itu memiliki ekosistem ekonominya sendiri.

“Kita mohon doa daripada warga maya, sahabat lain, sahabat pejuang khusus yang mencintai perjuangan membangkitkan atau mengembalikan untuk tolong doakan Malakat Mall di Cyberjaya ini diberikan kejayaan, kemudahan.  Insy-Allah, ia menjadi teras kebangkitan ekonomi Islam,” katanya. – MBNews

Leave a Reply