Cart

 

CYBERJAYA – Makin sehari, nama Malakat Mall kian dikenali ramai. Program-program dan status di laman sosial telah membantu mempopularkannya.

Di antara yang tertarik adalah Timbalan Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Datuk Azlie Halim yang meluangkan masa untuk datang berkunjung.

Meskipun Malakat Mall masih dalam renovasi, namun ia tidak menjadi halangan bagi Datuk Azlie untuk meluangkan masanya selama lebih sejam untuk meninjau keadaan mall ini.

Jelas sekali, Malakat Mall mampu menjadi salah sebuah tarikan pelancong kerana keunikan konsepnya.

Wartawan MelayuBangkitNews yang berada di lokasi sempat menemubual beliau. Ini responnya.

“Usaha yang dijalankan oleh pihak Malakat Mall adalah baik dan bijaksana kerana industri pelancongan memerlukan produk-produk pelancongan baharu yang dijadikan sebagai selling point.” kata Timbalan Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Datuk Azlie Halim.

Katanya, sektor pelancongan memerlukan daya penarik baharu untuk diketengahkan kepada pelancong luar sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Sektor pelancongan Malaysia mahu menarik lebih 30 juta pelancong  dengan pulangan RM100 bilion Ringgit sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Malakat Mall ini dapat memberi nilai tambah kepada pelancong dari luar negara untuk merasai pengalaman khususnya dari aspek membeli-belah dan food tourism yang mana ini adalah salah satu adalah kekuatan yang ditawarkan negara untuk tarik pelancong datang.

“Tambahan pula, Malakat Mall menawarkan produk- produk Islamik  selain mempunyai kemudahan terbaik yang ditawarkan  untuk pelancong yang datang ke sini.

“Jika dilihat, pelancong Muslim dari seluruh dunia membelanjakan lebih 3 trilion. Malaysia boleh merebut peluang ini jika mempunyai kemudahan dan perkhidmatan terbaik.

“Malah negara lain yang bukan negara Islam turut ambil peluang menarik pelancong muslim datang ke negara mereka. Kenapa kita sebagai negara Muslim sendiri tidak ambil peluang ini untuk tarik  golongan ini?” katanya.

“Mungkin kita mula dengan angka kecil. Tetapi apa yang paling penting adalah impaknya. Kita mahukan pelancong datang semula ke Malaysia untuk bercuti.

“Pada tahun ini,  30 juta  pelancong bakal datang dan jika mereka melihat kita ada produk bagus, mereka akan bagitahu kepada rakan-rakan, saudara mara mereka.  Ini membuatkan bilangan pelancong datang ke Malaysia bertambah dari tahun ke tahun.

“Apa yang penting sekarang ini, kita harus beri satu mutu perkhidmatan yang terbaik dan kemudahan yang sempurna kepada setiap pelancong. Saya juga  percaya kita akan dapat repeat tourist  pada masa akan datang,” katanya.

Kunjungan Datuk Azlie ke Malakat Mall yang turut disambut oleh Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Istighfar Hamidon. 

 

Leave a Reply