Cart

 

CYBERJAYA – Berita baik untuk orang Melaka! Pengasas Malakat Mall Mohd Fadzil Hashim mengumumkan, sebuah lagi pasar raya Islam itu akan dibuka pada suku ketiga tahun ini di Masjid Tanah, Melaka.

Menurut Mohd Fadzil, berita baik itu susulan satu pertemua antara kumpulannya bersama pihak Mara Inc Melaka iaitu pemilik bangunan tersebut yang terletak di bandar Masjid Tanah.
“Kita telah mendapat kunjungan dari Mara Inc. yang menawarkan kita pasar raya tersebut.

Secara logiknya kalau ada orang Melaka offer pasar raya kepada kita, tak mungkin kita reject. Ia sesuai dengan sasaran kita untuk membuka 10 Malakat Mall di Malaysia tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, tawaran tersebut amat signifikan kerana nama asalnya M Mall seperti Malakat Mall, yang merupakan bangunan baharu seluas 30,000 kaki persegi dan belum pernah digunakan walaupun telah siap bertahun-tahun.

“Dalam perancangan awal, kita nak jayakan Malakat Mall Cyberjaya dulu, baharulah explore yang lain. Tapi ALLAH SWT datangkan kepada kita maka saya rasa ini waktu terbaik untuk kita ambil peluang dan ruang,” katanya.

Menurutnya surat tawaran menyewa premis itu akan diberikan pada minggu depan dan pada masa yang sama kertas kerja bagi Malakat Mall Masjid Tanah juga telah diserahkan kepada Mara Inc.

Sehubungan itu kata beliau sekiranya perancangan berjalan lancar, Malakat Mall kedua itu akan mula beroperasi pada September ini.

“Ini merupakan satu berita baik khusus pada orang Masjid Tanah. Kita mahu jadikan pasar raya ini pusat pengedaran produk bagi peniaga dan pengilang bumiputra di kawasan Selatan,” katanya.

Sementara itu Mohd Fadzil berkata, dalam satu pertemuan dengan tokoh-tokoh ekonomi Islam pada Konvensyen Kewangan Keusahawanan Islam semalam, pihaknya telah ditawarkan modal dan dana untuk menjayakan projek berkenaan.

Menurut Mohd Fadzil, individu yang menyatakan kesudian membantu menyuntik dana bagi menjayakan pembangunan mini Malakat Mall itu adalah Pengurus Besar Serantau Muslim, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor.

Leave a Reply