Cart

 
CYBERJAYA – Malakat Mall mencipta kelainan apabila bakal menjadi pusat membeli belah pertama menggunakan pembayaran tanpa tunai.
Menerusi perkongsian Facebook Malakat Mall hari ini, pusat membeli belah itu menggunakan transaksi E-Wallet khas yang dikenali sebagai Raudhah Wallet.

Menurutnya, pelanggan tidak perlu membawa wang tunai langsung kerana semua transaksi hanya menggunakan aplikasi itu.

“Tahukah Malakat Mall Cyberjaya, adalah mall pertama di Malaysia yang cashless 100 peratus. Tak perlu bawa duit tunai langsung.

“Maksudnya, semua transaksi hanya menggunakan aplikasi E-Wallet khas yang bernama Raudhah Wallet. Tiada tunai,” kongsinya.

Paparan poster hebahan 26 hari sahaja lagi pembukaan Malakat Mall yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Malakat Mall itu sekali lagi mendapat perhatian.

Pada masa sama orang ramai digalakkan mendaftar sebagai pelanggan Malakat Mall di bit.ly/mmcyberjaya dan layak menerima hak 10 peratus dividen secara PERCUMA itu. ~MBNews

 

Leave a Reply