Cart

Malakat Mall kami menyediakan ruang dan peluang
Ruang dan peluang melangkaui lebih dari pembekal, usahawan dan pengguna, tetapi juga kepada generasi-generasi anak muda kita sebagai medan untuk mereka mendapatkan rezeki yang bebas dah syubahah tanpa perlu menjual agama.

Anak-anak muda kita semuanya baik-baik dan rajin, mereka hanya kekurangan tempat dan peluang untuk mereka salurkan kebaikkan dan kepakaran mereka.

Bila tak ada alternatif tempat yang membenarkan mereka menjaga aurat dan menjaga solat macam apa pilihan yang mereka ada selain terpaksa menjual agama? Ada yang terpaksa buka tudung, dan ada yanh dinafikan hak untuk solat. Tetapi apa kan daya mereka, kerana itu je kerja yang ada.

Atas dasar itulah kita sebagai ahli masyarakat harus memainkan peranan kita untuk memastikan anak-anak muda kita mempunyai alternatif tempat pekerjaan yang boleh bantu mereka bukan sekadar mendapat rezeki tetapi juga mendapat redha Allah.

Ujian itu bukan keatas mereka, tetapi ujian itu adalah untuk kita, untuk Allah nilai apa yang kita lakukan dalam memastikan anak-anak muda ini tidak terus hanyut dalam permainan sang kapitalis yang hanya mahukan untung semata-mata.

Atas dasar itulah kita sebagai pengguna-pengguna Islam harus satukan kuasa pembelian kita dan kuasa kewangan kita untuk membina satu ekosistem ekonomi Islam yang lebih bebas riba dan adil.

Anak-anak muda ni datang dari pelbagai latar belakang tapi bila kita buat kelas solat, semuanya ikut jer, bila tanya sebab apa tinggalkan tempat lama jawapan mereka sebab nak tempat yang lebih senang nak solat.

Ya Allah anak-anak muda ini sangat baik, mereka sangat rajin dan cekap buat kerja mereka. Bab komiten pun tak perlu dipertikaikan. Bila kena stay untuk siapkan kerja dia org akan stay.

Kau bantulah perjuangan ini, kau satukanlah hati-hati semua pengguna Islam untuk bersatu dalam memperkasakan kewangan dan satukan kuasa pembelian kami untuk satu misi yang besar demi membina ekosistem ekonomi Islam yang bebas riba.
Riba adalah musuh mu Ya Allah, dan Riba adalah musuh kami juga. Bantulah kami untuk sama-sama berjuangan dan bebaskan ekonomi kami dari Riba demi mendapat redha dan kasih sayang Mu Ya Allah.
Engkau tak memerlukan kami, bah kan kamilah yang memerlukan Engkau. Tanpa Redha dan pengampunan Mu maka sia-sialah hidup kami Ya Allah.
Kepada semua pengguna-pengguna Islam ayuh bangkitlah bersama-sama kami di Malakat Mall dan KoPPIM demi membina ekosistem ekonomi Islam dan demi untuk berperang dengan sistem Riba.
Jom mulakan langkah-langkah anda harini:
1. Daftarkan diri sebagai ahli KoPPIM www.KoPPIM.com.my
2. Satukan kuasa belian anda dengan:
a) berbelanja di Malakat Mall dan Malakat Grocer 812
b) beli secara online di www.MalakatGrocer.com, Free delivery dan tiada minimum order.
3. Sebarkan dan kongsikan posting ini di facebook, instagram, twitter, semua whatsapps group.
Ayuh bersama-sama kita mampu lakukannya. Ameen.
P/S: Gambar ketika kelas solat.

Leave a Reply